KITAB KLASIK ISLAM

Free Ebook Download

Recent Posts

Latest Uploads

Archives

Label Cloud

Badge


Add Your Link

Sulthan al-Auliya wa al-Arifin Qutub al-Aqtab Ghauts al-Shamadani
Hadhrat al-Syaikh Abu Yazid al-Bisthami

“Apa yang aku inginkan ialah pada Hari Qiyamat nanti, aku dapat berada dalam khemahku di tepi tebing Neraka, supaya apabila aku melihatnya api Neraka akan menjadi sejuk dan aku menjadi sebab untuk kerehatan makhluk Tuhan..”



Dari : Tadzkirah al-Ashfiya fi Hayat al-Auliya
Karya: Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi

Khwajah Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih adalah seorang Syeikh yang teragung dalam bidang Tasawwuf dan Keruhanian, khususnya dalam perjalanan Tariqat menuju Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Beliau telah menerima Nisbat ‘Ilmu Batin dari Hadhrat Imam Ja’afar As-Sadiq Radhiyallahu ‘Anhu yang merupakan salah seorang Imam yang teragung dari kalangan Ahli Bait Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
ADHRAT

Nama beliau ialah Taifur Bin ‘Isa Bin Adam Bin Sarushan. Abu Yazid adalah nama Kuniyatnya. Beliau amat dikenali menerusi nama Kuniyatnya dan sering dipanggil dengan nama Bayazid. Datuk beliau pada asalnya adalah seorang Majusi yang menyembah api, kemudian telah bernasib baik diberikan Hidayah dan Nikmat oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk memeluk Agama Islam. Bapa beliau adalah seorang yang amat dikenali dan dihormati di Bistam. Beliau hidup sezaman dengan Hadhrat Ahmad Khadhrawiyah Rahmatullah ‘alaih, Hadhrat Abu Hafs Rahmatullah ‘alaih dan Hadhrat Yahya Bin Mu’az Rahmatullah ‘alaih dan beliau juga pernah bertemu dengan Hadhrat Syafiq Balkhi Rahmatullah ‘alaih. Beliau merupakan Ketua bagi Para Wali dan seorang Sultan bagi Para ‘Arifin. Beliau juga merupakan salah seorang periwayat dan pemegang Sanad Hadits yang tinggi serta merupakan pengarang bagi banyak kitab-kitab yang berkaitan dengan ‘Ilmu Hadits Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih merupakan salah seorang dari sepuluh Imam yang begitu disanjung tinggi oleh para pencinta ‘Ilmu Tasawwuf. Tiada seorang pun sebelum beliau yang begitu memberikan penekanan yang tinggi dalam bidang ‘Ilmu Tasawwuf ini. Pada diri beliau terdapat begitu banyak Keramat dan Maqamat yang terhasil menerusi amalan dan latihan Riyadhah dan Mujahadah. Dalam setiap masa dan keadaan beliau begitu mencitai ‘Ilmu Tauhid dan begitu memberikan penumpuan terhadap bidang ‘Ilmu tersebut. Beliau begitu mendahului dalam hal-hal Keruhanian dan Muraqabah sehinggakan Hadhrat Sayyid At-Taifah Junaid Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih telah berkata, “Hadhrat Abu Yazid di kalangan kami menduduki suatu maqam yang tinggi sepertimana kedudukan Hadhrat Jibril ‘Alaihissalam di kalangan Para Malaikat.”

© Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 2

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya Hadhrat Sayyid At-Taifah Junaid Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih juga telah berkata, “Dalam medan Tauhid ini, penghujung bagi mereka yang menjalaninya adalah permulaan bagi orang Khurasan ini,” sambil merujuk kepada Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih. Semenjak awal perjalanannya dalam bidang Tasawwuf, beliau begitu rajin beribadah dan melakukan latihan-latihan Mujahadah dan Riyadhah Keruhanian. Diriwayatkan bahawa beliau telah berkata, “Selama tiga puluh tahun aku begitu giat menjalankan kegiatan Mujahadah dan aku telah dapati bahawa tiada yang lebih sukar dari mempelajari tentang Kesucian Agama dan menuruti segala pengajarannya, namun jika tidak disebabkan terdapatnya perbezaan pendapat dalam Agama yang suci ini aku telah hampir gagal dalam usahaku. Perbezaan pendapat dalam Kesucian Agama ini adalah Rahmat kecuali jika tidak terkeluar dari pengertian Tauhid.”

PENCARIAN KEBENARANNYA DAN KEBENARAN PENCARIANNYA

A

Subhanahu Wa Ta’ala telah meletakkan rasa cinta terhadap DiriNya dan pencarian Ma’rifat ZatNya di dalam hati Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih semenjak beliau kecil lagi. Pada suatu hari ketika beliau berada di samping gurunya sedang mempelajari Al-Quran, ketika sampai pada Surah Luqman yang AyatNya berbunyi, “Inishkur Li Wali Walidaika,” bermaksud, “Bersyukurlah kerana Aku dan kerana kedua ibubapamu.”
LLAH

Ayat ini telah memberikan kesan pada hatinya, lalu beliau meminta izin dari gurunya untuk pulang ke rumah dan bertemu ibunya seraya berkata, “Saya telah sampai pada satu pengertian Ayat yang mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Bersyukurlah kerana Aku dan kerana kedua ibubapamu.” Saya tidak dapat menunaikan hak berkhidmat untuk dua rumah. Oleh kerana Firman Ilahi ini saya begitu sedih, sama ada Ibu memohon dari Allah supaya saya tetap terus bersama Ibu ataupun menyerahkan diri saya untuk Allah Subhanahu Wa Ta’ala sahaja.” Ibunya berkata, “Pergilah. Aku telah lepaskan engkau untuk Jalan Tuhan dan aku memaafkan kamu bagi segala hak-hakku.” Setelah mendapat keizinan dari ibunya, Hadhrat Abu Yazid Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih telah keluar dari negeri Bistam dan pergi menyibukkan dirinya dengan beribadat di sebuah hutan dalam negeri Syam selama tiga puluh tahun. Di sana juga beliau giat menjalankan latihan Mujahadah dan Riyadhah Keruhanian. Beliau selalu berada dalam keadaan lapar dan ketika beliau bersolat, disebabkan © Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi 'Ufiyallahu 'Anhu Wali Walidaihi 3

Tazkirah Al-Asfiya Fi Hayat Al-Awliya dirinya yang begitu Khauf terhadap Tuhan serta mengagungkan Syari’at, dada beliau telah mengeluarkan bunyi yang seolah menggelegak. Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih pernah berkata, “Pada suatu ketika, orang ramai memberitahu bahawa pada tempat yang sekian terdapat seorang Darwish yang Kamil. Daku telah pergi untuk melihatnya. Apabila aku sampai padanya aku melihat bahawa beliau meludah pada arah Qiblat. Pada waktu itu juga aku terus kembali dan aku berkata dalam hatiku, jikalau dalam Tariqat Darwish ini terdapat sebarang martabat tentulah dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Syari’at. Jauh rumahku dari Masjid adalah dalam jarak empat puluh langkah. Demi penghormatanku terhadap Masjid, aku tidak pernah sekalipun meludah dalam perjalananku.” Beliau telah pergi bersafar ke Mekkah untuk menunaikan ‘Ibadat Haji. Dalam perjalanannya, setelah beliau melangkah beberapa langkah lalu beliau pun bersolat Nafil dua raka’at. Beliau melakukan perkara ini dalam perjalanannya ke Mekkah yang mengambil masa selama dua belas tahun. Setelah tiba di Mekkah beliau berkata, “Rumah Tuhan bukanlah pintu gerbang Para Raja.” Pada suatu ketika beliau telah pergi menghadiri musim Haji di Mekkah. Setelah selesai mengerjakan Haji beliau terus saja pulang menuju ke rumahnya tanpa melakukan Ziarah di Madinah Munawwarah. Kemudian, pada tahun yang berikutnya beliau telah pergi melakukan Ziarah Raudhah Hadhrat Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam di Madinah Munawwarah. Beliau berkata, “Menjadikan safar Madinah Munawwarah menuruti safar Mekkah Mukarramah adalah bertentangan dengan adab.” Hadhrat Sultanul ‘Arifin Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih pernah berkata, “Aku telah pergi ke Mekkah dan aku melihat sebuah Rumah yang berdiri berasingan. Aku berkata pada diriku, “Hajiku ini tidak diterima kerana aku telah melihat banyak batu yang seumpama ini.” Aku telah pergi sekali lagi dan aku melihat sebuah Rumah yang juga Rumah Tuhan. Aku berkata, “Ini bukanlah hakikat Tauhid yang sebenarnya.” Aku telah pergi kali ketiga dan aku melihat hanya Tuhan Rumah tersebut. Suatu suara datang membisik di hatiku, “Wahai Bayazid, jika engkau tidak melihat DiriNya, engkau tidak akan menjadi seorang Mushrik meskipun engkau dapat melihat seluruh Alam Maya, dan semenjak engkau melihat DiriNya, engkau adalah Mushrik meskipun buta penglihatanmu terhadap seluruh Alam Maya.” Kerana disebabkan perkara itu aku pun bertaubat dengan sebanyakbanyaknya.” Tatkala Hadhrat Abu Yazid pergi ke Madinah, ramai orang yang sama hendak pergi bersama beliau. Beliau berdoa kepada Allah supaya beliau

Related Posts :



>> Top

7 comments

  1. shama haider  

    GOD AND ME

  2. shama haider  

    Kitchen Star Juicer in Pakistan

  3. Pray for all  

    ISM E AZAM

  4. Pray for all  

    PRAY PROGRAM

  5. tabasum haider  

    ONLINE ISTIKHARA

  6. Anonymous  

    i can't read. ???

  7. Umroh Murah Khazzanah  

    nice article.....(Cahyo)


    Paket Umroh Desember 2016
    Paket Umroh November 2016
    Paket umroh plus Turki 2016
    Biaya Paket Umroh 2016

Post a Comment

Corner

اللهم صل علي محمد ما كان لبشر أن يؤتيه الله الكتاب والحكمة والنبوة ثم يقول للناس كونوا عبادا لي من دون الله ولكن كونوا ربانيين بما كنتم تعلمون الكتاب وبما كنتم تدرسون

Translation

Projects

Blog HomepageOnline LibraryIslamic Quotes & StoriesInformasi Toko Kitab

Online Library

Fragments

Chat Box

Comments

Newest first

Previous Comments

Followers

Site News

Stats